
Selasa, 03/02/2009 – Para pegawai PBB mengumumkan badan dunia itu akan menjalankan siasatan berhubung serangan Zionis terhadap beberapa bangunan miliknya semasa serangan terhadap Gaza baru-baru ini. John Holmes, pegawai bertanggungjawab tentang hal ehwal kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu berkata pada hari Isnin (2/2), badan dunia itu sedang menunggu keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Zionis tentang serangan terhadap gudang agensi bantuan bagi pelarian Palestin (UNWRA) dan sebuah sekolah miliknya. Namun beliau menegaskan PBB juga akan menjalankan siasatan sendiri terhadap kejadian tersebut.













