
Isnin, 30/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menuntut para pemimpin Arab agar membawa para penjenayah perang zionis ke mahkamah terhadap jenayah yang mereka lakukan di Gaza. Beliau turut menuntut agar hubungan diputuskan dengan regim zionis dan melaksanakan semua resolusi sidang kemuncak Arab agar sekatan terhadap semenanjung Gaza dibatalkan.













