Jumaat, 15/05/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan pembentukan kerajaan baru Palestin di Ramallah sama seperti meletakkan periuk api di hadapan dialog nasional Palestin yang diadakan di Kaherah, sambil bertegas bahawa pembentukan itu mempamerkan perkembangan yang amat merbahaya.
Beliau berkata semasa menyampaikan ucapan pada petang Selasa (12/5) di hadapan perhimpunan terbuka pertama bagi kerajaan Palestin selepas perang Zionis terakhir: “Kedegilan beberapa pemimpin terhadap sesuatu pendirian seperti pembentukan kerajaan baru di Ramallah menunjukkan kejahilan politik mereka dalam menyusun keutamaan.” Beliau menambah: “Kita menjangkakan akan berlaku pengenduran beberapa halangan sebelum memulakan fasa dialog yang baru, bukan perbuatan meletakkan periuk api di hadapannya.”
Seterusnya beliau menambah: “Pembentukan kerajaan baru Palestin mempamerkan perkembangan yang merbahaya dan akan menyebabkan dialog Palestin yang diadakan di bawah tajaan Mesir menemui jalan buntu.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir