
Jumaat , 15/01/2010 –Ali Barakat, Ketua Biro Politik HAMAS di Lubnan menegaskan tembok keluli Mesir yang dibina sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza pada hari ini adalah jauh lebih merbahaya terhadap rakyat dan perjuangan Palestin berbanding tembok keselamatan regim Zionis yang dijadual akan dibina dengan sempadan Sunai, Mesir. Beliau juga menegaskan, situasi ini akan mengetatkan lagi kepungan terhadap rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman serangan baru Zionis terhadap Gaza.












