



sumber foto : baithori
Category: Berita Semasa

Jumaat ,09/01/2009 – Tentera Israel berkata beberapa bedilan dari Lubnan telah mengenai sasaran di Nahariya dan Shlomi utara Israel berdekatan sempadan Lubnan yang mengakibatkan 5 orang Israel cedera. Hamas dan Hezbollah berkata mereka tidak terlibat dalam serangan ini.
Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk berlindung buat seketika waktu untuk langkah-langkah keselamatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : juara786

Jumaat ,09/01/2009 – Beribu-ribu penduduk Palestin di Rafah meninggalkan tempat tinggal mereka selepas dipaksa oleh tentera Zionis selepas mendapat ancaman rumah-rumah mereka akan dibom. Media tempatan memberitakan jet Israel telah menjatuhkan notis yang berkata demikian untuk lari menyelamatkan nyawa mereka sebelum dibom atas alasan kononnya rumah mereka menjadi tempat perlindungan pejuang Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : juara786

Khamis ,08/01/2009 – Hospital Shifa di Gaza, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, merayu pada pihak antarabangsa untuk membekalkan hospital dengan peti ais bilik mayat setelah kesemua unitnya telah dipadatkan dengan jumlah mayat yang semakin bertambah.

Khamis ,08/01/2009 – Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) berkata bahawa badan itu belum lagi menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak berkuasa Mesir di atas gesaannya untuk membuka laluan kepada penduduk Semenanjung Gaza melarikan diri dari peperangan yang sedang berlaku.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza. Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.

Khamis ,08/01/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melihat seluruh hospital dan institusinya di Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan artileri Israel dan tidak ada jaminan perlindungan atas sebarang serangan. Pengarah Bahagian Kecemasan dan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain mengingatkan bahawa serangan Israel terhadap hospital as Shifa akan mengakibatkan ribuan syuhada (gugur).
Hamas : Kami tidak iktiraf Abbas.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas pada hari Rabu bertegas menolak tempoh bagi pengerusi PA , Mahmoud Abbas di lanjutkan setelah tamat tempoh pada 9/1/2009 nanti. Osama Hamdan, wakil Hamas di Lebanon, menyatakan rasa kesal Abbas tidak bertanggungjawab ke atas penduduk Palestin di Gaza dalam menghadapi pencerobohan terbaru rejim Zionis.
Abbas tidak melakukan sebarang tindakan positif demi Gaza tetapi sering merujuk kepada telunjuk US dalam setiap pendiriannya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ <br>
penterjemah : Abu Awatif

Khamis ,08/01/2009 – Wakil Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal menegaskan mereka berjaya membunuh dan mencederakan lebih 130 tentera Isreal dalam tempoh 5 hari. Dalam satu wawancara tv Palestin, Nazal menyatakan lebih 30 tentera termasuk komandan pasukan tentera Isreal terbunuh dan yang lain mengalami kecedaraan. Ini termasuk pasukan khusus mereka bergelar “Golani”.
Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA”
.jpg)
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif
-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
sumber : http://amanpalestin.org/

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah : Abu Awatif

Rabu ,07/01/2009 – Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.

Selasa ,06/01/2009 – 10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.
Selasa ,06/01/2009 –Semua gerakan pejuang Palestin di Gaza menegaskan, mereka masih belum menggunakan seluruh kekuatan mereka dalam memerangi Zionis-Yahudi. Mereka bertekad untuk memberikan kejutan-kejutan dalam usaha menghancurkan Zionis-Yahudi.

Selasa ,06/01/2009 –Brigades Al-Qassam, iaitu pihak bersenjata puak Hamas, Isnin lalu memutuskan untuk mengembangkan serangan roketnya dan menyasarkan kawasan lebih jauh dan kawasan yang lebih strategik selepas Israel tidak mempedulikan amaran-amaran yang dikenakan sebelum ini malah tenteranya berterusan menceroboh Gaza.