Rabu, 19/11/2008 –Ma’en Bashour, Pengerusi Hak Pulang Palestin yang baru dilancarkan berkata tujuan pertubuhan ini adalah satu tujuan yang tidak boleh dikompromi yakni hak untuk kembali ke Palestin.
Rabu, 19/11/2008 –Ma’en Bashour, Pengerusi Hak Pulang Palestin yang baru dilancarkan berkata tujuan pertubuhan ini adalah satu tujuan yang tidak boleh dikompromi yakni hak untuk kembali ke Palestin.
Rabu, 19/11/2008 –Khaled Mishaal, pemimpin tertinggi Pergerakan Hamas petang Ahad lalu bertemu dengan Setiausaha Liga Arab, Amr Mousa di Damsyik bagi membincangkan perkembangan Palestin terutama alasan menggantung dialog kebangsaan sebelum ia dimulakan.
Rabu, 19/11/2008 –
MP Jamal Al-Khudari, pemimpin sebuah jawatankuasa yang menentang pengepungan, menganggap hasrat Israel untuk membuka simpang Karem Abu Salem dan membenarkan 30 buah trak membawa bantuan dan bekalan makanan sebagai satu pengabaian kepada rayuan antarabangsa.
Rabu, 19/11/2008 –Pihak berkuasa Israel telah membenarkan sebanyak 30 buah lori UN yang sarat dengan makanan dan perubatan untuk memasuki Semenanjung Gaza. Meskipun begitu, Gaza masih kekal dikuasai dan segala perniagaan yang melepasi sempadan masih tidak dibenarkan atas arahan Menteri Pertahanan, Ehud Barak. Sebelum ini, Israel melarang lori bantuan UN untuk memasuki Gaza atas alasan keselematan.
Rabu, 19/11/2008 –
Pertubuhan Islam Kristian untuk Pembelaan Al-Quds dan Tempat Suci menegaskan bahawa pemerintah penjajah Israel melakukan perang sebenar terhadap kota suci Al-Quds dengan memanfaatkan kesibukan terhadap krisis kewangan dunia dan pengaruhnya terhadap ekonomi global.
Isnin, 17/11/2008 –Rihab Mikahal, pengarah forum antarabangsa bagi mengembalikan hak pelarian-pelarian Palestin, telah mengumumkan bahawa sesi pertama persidangan akan berlangsung di istana Faiha di Damsyik disebabkan oleh bilangan peserta yang bertambah.
Jumaat, 14/11/2008 –UNRWA memberi amaran operasi pengagihan makanan akan berhenti Khamis ini sekiranya Israel berterusan menutup lintasan perdagangan Gaza melainkan bekalan makanan dibenarkan masuk tanpa tertangguh.
Jumaat, 14/11/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas menegaskan adalah menjadi haknya untuk membalas serangan Zionis Israel di Semenanjung Gaza, walaupun dalam gencatan senjata yang pernah disepakati fraksi-fraksi pejuang Palestin. Hamas menyeru agar semua fraksi-fraksi Palestin menilai kembali gencatan senjata yang disepakati untuk membela rakyat dan tanah air Palestin.
Jumaat, 14/11/2008 –
Komiti Popular menentang penaklukan, diketuai oleh penggubal undang-undang Jamal El Khodary menyatakan bahawa kesemua kuasa generator di penjana kuasa Gaza telah terhenti operasinya kerana kekurangan minyak di akibatkan oleh sekatan dari minyak memasuki Gaza sejak 10 hari lalu.
Khamis, 13/11/2008 –
Empat pejuang Palestin yang bergabung dalam Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas telah terbunuh sewaktu konfrontasi dengan askar-askar rejim Zionis disokong oleh tentera udara yang menyerang timur bandar Qarara di Khan Younis petang Rabu lalu.
Khamis, 13/11/2008 –Menteri pertanian, Dr. Ismail Al-Agha, pada Rabu lalu memberi amaran kepada Israel bahawa sekatan yang berterusan ke atas bekalan bahan api dan kemasukan baja, foder dan vaksin ke Semenanjung Gaza adalah mengancam pertanian dan perladangan sektor haiwan.
Rabu, 12/11/2008 –Pihak rejim Zionis pada Selasa lalu telah membenarkan penghantaran terhad bahan api ke Semenanjung Gaza untuk mengoperasikan stesen janakuasa di sana yang mana ia datang bagi melengkapkan penghentian minyak malam semalam disebabkan oleh kekurangan bahan tersebut.
Rabu, 12/11/2008 –Jawatankuasa Diraja Jordan yang bertanggungjawab ke atas urusan Jerusalem memberi amaran kepada Israel atas rancangan mereka membuka 2 terowong di bawah masjid Al-Aqsa.
Rabu, 12/11/2008 – Pemerintah Palestin pimpinan PM Ismail Haniyah menyatakan penjajah Israel bertanggungjawab penuh ke atas kesan penutupan pintu masuk yang sudah memasuki hari keenam yang memberi Kesan buruk terhadap politik, sosial dan kemanusiaan.
Isnin, 10/11/2008 –Mahkamah Pusat Israel di Tel Aviv telah memutuskan bahawa seorang pegawai polis Israel, Tomer Avraha, yang telah membunuh seorang pekerja Palestin di Jaffa, hanya akan dipenjarakan selama setahun.