
Rabu, 11/02/2009 – Gerakan Pejuang Islam (Hamas) menegaskan bahawa pilihan raya umum Israel berjaya dikuasai oleh parti “Kadima”, “Likud” dan “Yisrael Beitena” , yang ertinya Israel akan dipimpin tiga tokoh terroris ekstrim.

Rabu, 11/02/2009 – Gerakan Pejuang Islam (Hamas) menegaskan bahawa pilihan raya umum Israel berjaya dikuasai oleh parti “Kadima”, “Likud” dan “Yisrael Beitena” , yang ertinya Israel akan dipimpin tiga tokoh terroris ekstrim.

Rabu, 11/02/2009 – Bekalan air di utara Gaza telah musnah apabila diserang oleh pesawat Zionis Israel. Kerosakan itu menyebabkan 10 000 rakyat Palestin terputus bekalan air. Pihak berkuasa telah dengan pantas menghantar pekerja bagi membaiki kerosakan akibat serangan itu. Kerosakan itu turus menyebabkan banyak projek tergendala.

Rabu, 11/02/2009 – Sumber dalaman Organisasi Nasional bagi Bantuan Gaza yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah telah mempersoalkan kehilangan dana bantuan yang dikumpulkann dari Tebing Barat untuk penduduk di Gaza. Penyelewengan itu dilakukan oleh Salam Fayyadl setelah dana itu dibekukan dalam akaun peribadinya di bank dan menolak untuk memindahkan atau mencairkannya meskipun hanya satu dolar.

Rabu, 11/02/2009 -HAMAS menegaskan keputusan awal pilihanraya Zionis yang menunjukkan Parti ‘Kadima’ sedang mendahului, diikuti oleh Parti Likud dan Parti ‘Yisrael Beitenu’, sebenarnya hanya menampilkan tiga kepala keganasan Zionis, sambil menegaskan HAMAS akan tetap teguh dengan pendiriannya.

Selasa, 10/02/2009 – Seorang tentera Brigade Al-Quds, telah syahid dalam satu operasi bersama Birged Jihad Jibril di Bet Hanun. Dalam kejadian itu, Rafiq Kafaronah yang berusia 22 tahun syahid ketika bertempur. Ketika itu pesawat Zionis-Israel telah melepaskan 2 buah roket dan terkena tepat ke arah para pejuang. Sebelum daripada itu, mereka sedang membalas tembakan dengan Zionis-Israel.
Dalam pada itu, Brigade Al-Quds menegaskan, pihaknya akan meneruskan amaliah jihadiyahnya.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa, 10/02/2009 –Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin dan anggota delegasi dalam perbincangan Kaherah, menyifatkan pertemuan-pertemuan persediaan yang sedang berlangsung dengan para pegawai Mesir sebagai menggalakkan, tetapi terdapat beberapa perkara yang masih lagi perlu untuk diperhalusi sebaik-baiknya, bukan hanya ditangani secara sepintas lalu.
Ramai meminta Pkini agar membuat satu Tshirt. Jadi, kami telah membuat satu design yang belum di finalize. Design bahagian belakang masih belum siap. Sila tinggalkan komen. Terima kasih.

Speaker :
SAMI ABU ZUHRI
HAMAS OFFICIAL SPOKESPERSON
Date & Time:
10 Februari 2009 TODAY
8.30 – 11.00 TONIGHT
Venue :
DEWAN SIVIK, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya
Organisers :
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM), PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE), MUSLIM PROFESIONALS FORUM (MPF)
Further Information : Khadijah Azman ditalian 03-41089669.

Selasa, 10/02/2009 – Banyak bantahan dilaporkan daripada Pegawai Bandar, para penduduk dan Peguam Negara terhadap wakil rakyat bandar Arab Israel, Umm al-Fahm Baruch Marzel, yang merupakan ahli politik Israel dan peneroka yang telah menggunakan kedudukannya untuk mengapi-apikan sentimen anti Palestin antara golongan berhaluan kanan Yahudi di Israel.

Selasa, 10/02/2009 – Ahli-ahli sebuah persatuan kebajikan di Itali telah melawat selatan bandar raya Semenanjung Gaza iaitu Khan Younis Isnin lalu (9/2/09), membawa bersama mereka dua trak-trak ubat dan 500 bungkusan makanan untuk rakyat Palestin di utara dan selatan Semenanjung Gaza, sumber-sumber dalam masyarakat Islam di bandar raya itu melaporkan.

Jumaat, 06/02/2009 – ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Jumaat, 06/02/2009 – Kementerian Tahanan dan Pembebasan dalam kenyataannya dalam sebuah majlis sempena hari melawan penyakit kanser antarabangsa, yang berlangsung pada 4 Februari setiap tahun mengatakan, ada 16 orang tahanan di penjara-penjara Zionis menderita sakit kanser yang pelbagai, mereka langsung tidak diberikan bantuan perubatan yang sewajarnya dari pengurusan penjara melainkan ‘tempat tinggal’.

Jumaat, 06/02/2008 – Sumber tentera Israel petang Khamis lalu melaporkan seorang lelaki Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh askar Israel berdekatan sempadan Gaza-Israel. Tentera itu mendakwa bahawa lelaki itu membawa senjata dan cuba untuk melontar sebutir bom tangan ke arah askar Israel.

Khamis, 05/02/2009 – Wakil kementerian tahanan Palestin Riyadh Al-Ashkar telah mendakwa pihak ZIonis-Israel dengan sengaja mengunakan peralatan perubatan yang telah tercemar dan ubat yang mempunyai racun digunakan ke atas tahanan Palestin. Menurut sumber, jarum yang digunakan untuk merawat telah dicemari dengan hipatitis. Al-Ashkar menggesa WHO supaya campur tangan dan menyiasat perkara ini.