Categories
Berita Semasa

Terkini : Sasaran terbaru rejim Zionis adalah hospital as Shifa.


Khamis ,08/01/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melihat seluruh hospital dan institusinya di Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan artileri Israel dan tidak ada jaminan perlindungan atas sebarang serangan. Pengarah Bahagian Kecemasan dan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain mengingatkan bahawa serangan Israel terhadap hospital as Shifa akan mengakibatkan ribuan syuhada (gugur).

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kami tidak iktiraf Abbas.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas  pada hari Rabu bertegas menolak   tempoh bagi pengerusi PA , Mahmoud Abbas di lanjutkan setelah  tamat tempoh pada 9/1/2009 nanti.  Osama Hamdan, wakil Hamas di Lebanon, menyatakan rasa kesal  Abbas tidak  bertanggungjawab ke atas  penduduk Palestin di Gaza dalam menghadapi pencerobohan terbaru rejim Zionis.

Abbas tidak melakukan sebarang tindakan  positif  demi Gaza tetapi sering merujuk kepada telunjuk US dalam setiap pendiriannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ <br>
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Terkini : 30 tentera rejim Zionis terbunuh dan lebih 100 cedera.

Khamis ,08/01/2009 – Wakil Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal menegaskan mereka berjaya membunuh dan mencederakan lebih 130 tentera Isreal dalam tempoh 5 hari. Dalam satu wawancara tv Palestin, Nazal menyatakan lebih 30 tentera termasuk komandan pasukan tentera Isreal terbunuh dan yang lain mengalami kecedaraan. Ini termasuk pasukan khusus mereka bergelar “Golani”.

Categories
Berita Semasa

Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA”

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin

Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa     : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

sumber : http://amanpalestin.org/

Categories
Berita Semasa Uncategorized

Israel gunakan Bom Napalm serang Gaza.

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Terkini : Sekolah UNRWA diserang. 135 orang terbunuh !

Rabu ,07/01/2009 – Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih  penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.

Categories
Berita Semasa

Terkini : 10 tentera rejim Zionis mati , 30 cedera di tangan Brigade Qassam.

Selasa ,06/01/2009 – 10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel Bakal Menerima Kejutan.

Selasa ,06/01/2009 –Semua gerakan pejuang Palestin di Gaza menegaskan, mereka masih belum menggunakan seluruh kekuatan mereka dalam memerangi Zionis-Yahudi. Mereka bertekad untuk memberikan kejutan-kejutan dalam usaha menghancurkan Zionis-Yahudi.

Categories
Berita Semasa

Brigade al-Qassam : Rejim Zionis bakal menerima bencana ‘hujan’ roket kami.

Selasa ,06/01/2009 –Brigades Al-Qassam, iaitu pihak bersenjata puak Hamas, Isnin lalu memutuskan untuk mengembangkan serangan roketnya dan menyasarkan kawasan lebih jauh dan kawasan yang lebih strategik selepas Israel tidak mempedulikan amaran-amaran yang dikenakan sebelum ini malah tenteranya berterusan menceroboh Gaza.

Categories
Berita Semasa

Mesir : Tiada guna sidang mesyuarat OIC untuk bincang pencerobohan Israel.

Selasa ,06/01/2009 –Mesir telah menolak dan menggagalkan cadangan Iran untuk mengadakan satu sidang kemuncak tergempar OIC untuk membincangkan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza selepas menggugurkan lebih awal untuk mengadakan persidangan sidang kemuncak Arab.

Categories
Berita Semasa

Penganalisis Zionis: Perjalanan Hancurkan Hamas Masih Panjang.



Selasa ,06/01/2009 –
Beberapa pengamat Zionis melalui akhbar harian Ibrani Ahad (4/1) menegaskan, jalan menuju penghancuran Hamas masih panjang. Hal ini berdasarkan peningkatan strategi perjuangan Hamas di medan pertempuran yang dibangun di atas kelicikan strategi, penyusunan organisasi dan keyakinan pertempurannya.

Categories
Berita Semasa

Ratusan keluarga Palestin meninggalkan rumah.

Selasa ,06/01/2009 –Ratusan keluarga Palestin telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan mengambil perlindungan sekolah-sekolah pelarian PBB di Gaza pada hari Isnin.

Categories
Berita Semasa

Terkini : 17 lagi terbunuh dalam serangan terbaru padai hari ke 10.

Selasa ,06/01/2009 – Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionios telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam da n mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Categories
Berita Semasa

Laman Israel Lapor 11 askar Zionis-Israel mati.

Pelbagai laman web tidak rasmi milik Zionis-Israel melaporkan ramai tentera Zionis-Isreal yang terbunuh dalam serangan balas Hamas. Antara 11 yang terbunuh, salah seorang merupakan askar yang berpangkat tinggi. Jumlah kematian sebenar juga tidak dilaporkan.

Categories
Berita Semasa

Terkini : 2 askar rejim Zionis ditangkap Brigade Qassam.

Isnin ,05/01/2009 –Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas , telah berjaya menawan pada hari Sabtu dua orang tentera rejim Zionis di kawasan Jabal Al-Rais, timur bandar raya Gaza, di mana mereka adalah di pindahkan ke satu tempat selamat jauh daripada medan perang, laporan media berkata.