
Jumaat, 15/05/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa seorang askar mengaku telah merampas sebuah rumah di bahagian utara Semenanjung Gaza sewaktu serangan terbaru Israel Selasa lalu.

Jumaat, 15/05/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa seorang askar mengaku telah merampas sebuah rumah di bahagian utara Semenanjung Gaza sewaktu serangan terbaru Israel Selasa lalu.

Jumaat, 15/05/2009 – Terdapat sumber media Palestin yang menyatakan beberapa pimpinan Fatah yang menolak untuk berada bersama kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Mahmud Abbas dan diketuai oleh Salam Fayyad. Barisan kerajaan Fayyad terdiri daripada beberapa figur dari Fatah dan daripada fraksi-fraksi PLO.

Jumaat, 15/05/2009 – Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan bahawa Briged al-Qassam iaitu sayap tentera bagi HAMAS bekerja bertungkus lumus siang dan malam bagi mengosongkan penjara Zionis daripada kesemua tahanan, dan bertegas bahawa rundinganlah yang menyebabkan isu tawanan, bandar al-Quds dan pelarian tidak dihiraukan lagi.

Jumaat, 15/05/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan pembentukan kerajaan baru Palestin di Ramallah sama seperti meletakkan periuk api di hadapan dialog nasional Palestin yang diadakan di Kaherah, sambil bertegas bahawa pembentukan itu mempamerkan perkembangan yang amat merbahaya.

Khamis, 14/05/2009 – Dr. Mahmod Zehar, pimpinan Hamas menegaskan bahawa satu barisan Palestin yang menyatukan kumpulan pejuan Palestin hampir siap ditubuhkan dalam rangka menentang Zionis-Israel dan memerdekan Palestin.

Khamis, 14/05/2009 – Polis Israel Selasa lalu telah menahan wartawan Haaretz bernama Amira Hass (gambar) di pintu keluar Semenanjung Gaza, di mana beliau telah tinggal dan membuat laporan sejak beberapa bulan yang lalu.

Khamis, 14/05/2009 – Jabatan Sempadan melaporkan pada hari Selasa sempadan Rafah akan dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad untuk beberapa kategori dan beberapa senarai yang diberikan Kementerian Dalam Negeri.

Selasa, 12/05/2009 – Sheikh Taiseer Tamimi, Ketua Keadilan Islam memulakan ucapannya ketika berada di depan Pope Benedict XVI dengan menyatakan Baitulmuqaddis merupakan ibu negara Palestin masa depan meskipun pembantaian dan pencabulan Israel dilakukan terhadap Warga Palestin dan tempat-tempat suci mereka. Kenyataan Pope juga mengecewakan beberapa ketua agama Israel.

Selasa, 12/05/2009 –HAMAS menganggap kemahuan presiden Palestin yang sudah tamat tempoh kekuasaannya untuk membentuk kerajaan baru di Tebing Barat sebagai tindakan menggagalkan hasil dialog nasional Palestin dan langkah pendahulu yang mendahului dialog Kaherah serta tidak menunjukkan niat yang baik bahkan sebaliknya mengandungi niat yang jelas tidak baik.

Selasa, 12/05/2009 – Hamas menganggap kunjungan Paus Benedict ke Israel hanya akan menampakkan Zionis-Israel bagus di mata dunia sedangkan mereka telah melakukan kezaliman amat dasyat ke atas rakyat Palestin. Seorang pimpianan Hamas, Fauzi Barhum menyatakan kehairanannya dengan sikap Paus yang menyokong pendirian ZIonis-Israel.

Selasa, 12/05/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berucap pada hari Ahad bahawa Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak berhak bercakap bagi pihak rakyat Palestin dan pihak berkuasa Palestin mahu sebuah negara merdeka di sebelah negara Israel.

Selasa, 12/05/2009 – Perdana Menteri Rejim Zionis , Benjamin Netanyahu, melengkapkkan lawatan sulungnya semalam ke Mesir sejak dia menjadi PM , tanpa menyebut apa2 kenyataan tentang isu keamanan di Timur Tengah.

Isnin, 11/05/2009 – Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Isnin, 11/05/2009 – Fathi Hammad, Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin menegaskan pasukan keselamatan berjaya memelihara infrastrukturnya meskipun telah menerima serangan sengit daripada Zionis sepanjang serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Jumaat, 08/05/2009 – Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.