
Isnin , 13/07/2009 – Perdana Menteri Palestin ,Ismail Haneyya Ahad lalu menyatakan delegasi Mesir yang melawat Ramallah telah mencadangkan beberapa penyelesaian untuk menghapuskan faktor-faktor yang menimbulkan perbalahan diantara Hamas dan Fatah terutama isu tahanan politik di Tebing Barat.
Semasa satu majlis yang diadakan bagi memperingati kitab suci al-Quran, Haneyya menekankan bahawa Pegerakan Hamas sedia membekalkan apa-apa keperluan bagi mencapai perdamaian kebangsaan itu, sambil memuji usaha Mesir untuk merapatkan jurang antara kumpulan-kumpulan Palestin.
Dalam satu wawancara akhbar yang diadakan pada hari yang sama oleh akhbar Palestin Al-Rai, Haneyya menyeru kumpulan Fatah untuk bekerja bersama dengan Hamas bagi menghadapi musuh dengan tujuan memulihkan hak-hak yang dirampas serta mewujudkan sebuah negara Palestin sambil menyatakan pilihan terbaik bagi mencapai matlamat itu adalah dengan menamatkan perpecahan dalaman tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79