Categories
Berita Semasa

Wanita mengandung tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Khamis ,15/01/2009 – Dalam keadaan sebegini, wanita mengandung gagal mendapat rawatan kesihatan dan nutrisi yang mencukupi. Bilik bersalin kini digunakan untuk merawat mangsa perang dan kebanyakkannya bersalin di rumah.

Ketua UN Bahagian Populasi dan Kemanusiaan, Pamela Delargy, berkata wanita mengandung tidak dapat ke hospital atau klinik untuk bersalin disebabkan keganasan Israel yang berterusan dan ini boleh menyebabkan bahaya kepada ibu dan kandungannya.

Setiap hari Wanita di Gaza melahirkan 170 bayi dan ibu dan anak menghadapi risiko tinggi sekiranya mereka tidak mendapat rawatan asas dan nutrisi yang baik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Terkini : Roket Katyusha dari Lubnan menghantui penduduk Israel.

Khamis ,15/01/2009 – Tiga roket Katyusha ditembak dari Lubnan dan jatuh ke kawasan Galilee di utara Israel namun tiada sebarang kerosakan atau mangsa yang tercedera.

Sumber Yahudi berkata beberapa orang penduduk masih terkejut dengan peristiwa itu manakala tentera darat itu bertumpu ke kawasan tersebut bagi menentukan lokasi sebenar letupan.

Siren penggera berbunyi dua kali dari Kiryat Shmoneh dan sekitarnya sebagai manakala Kementerian Pertahanan Israel mengarahkan penduduk-penduduk supaya mendapatkan perlindungan jika mereka mendengar siren atau bunyi letupan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz79

Categories
Berita Semasa

Terkini : Tanah perkuburan rakyat Palestin pula jadi sasaran rejim Zionis.

Khamis ,15/01/2009 – Tentera udaraIsrael hari ini telah membedil kawasan tanah perkuburan rakyat Palestin di Sheikh Radwan,utara Gaza menyebabkan kemusnahan yang teruk.

Kawasan perkuburan tersebut menempatkan mayat-mayat mangsa serangan Israel di semenanjung Gaza yang terdahulu dan terkini.Menurut saksi, mayat-mayat yang telah disemadikan bergelimpangan di sekitar kawasan akibat kesan letupan bom yang dahsyat.

Sikap kurang ajar penjenayah Israel berterusan dengan rakus memusnahkan sekolah, masjid,kemudahan-kemudahan awam dan temasuk tanah perkuburan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Ukaysah

Categories
Berita Semasa

Briged Al-Qassam: Kami berjaya menghalang kemaraan musuh.

Rabu ,14/01/2009 – Batalion Izzeddin El-Qassam(sayap tentera kanan Hamas) mendedahkan mujahidin telah berjaya menghalang kemaraan musuh yang ketika itu sedang menuju timur bukit Kasyif yang terletak di selatan semenanjung Gaza dan mereka telah memusnahkan beberapa mekanisma musuh.

Categories
Berita Semasa

Ucapan Dr Azzam Tamimi pada rapat umum “Stop the Gaza Massacre”, 10 January 2009 di London.

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Media pro Israel cuba lemahkan moral rakyat Palestin.

Rabu ,14/01/2009 – Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya mengecam sesetengah media yang menyebarkan desas-desus dan berita-berita tidak benar bertujuan untuk menykong Israel dalam satu percubaan untuk menghakis semangat penduduk Palestin dan memfitnah tindakan berani mereka.

Categories
Berita Semasa

Abbas tolak kerjasama seret pemimpin Zionis ke mahkamah antarabangsa.

Rabu ,14/01/2009 – Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Keadaan mayat tidak pernah dilihat sebelum ini.

Rabu ,14/01/2009 – Dr Hussein Ashour, pengarah hospital Al Shifa berkata yang sejumlah mayat telah tiba di hospital itu dengan kesan terbakar dan terputus yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini sambil mengesahkan Israel menggunakan senjata yang dilarang di seluruh dunia terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis berundur dari timur Khuzaa selepas meninggalkan kemusnahan besar.


Selasa ,13/01/2009 – Angkatan tentera rejim Zionis berundur dari bandar Khuza’a pada Isnin lalu dan bergerak ke timur Khan Younis di selatan Gaza setelah menghadapi rintangan hebat di sana. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa askar-askar rejim Zionis meninggalkan satu kesan kemusnahan di bangunan-bangunan, tanah pertanian dan harta benda.

Anggaran awal menunjukkan jentolak rejim Zionis telah memusnahkan hampir 30 buah rumah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Israel sembelih lebih 900 orang dalam masa 16 hari.

Selasa ,13/01/2009 – Jumlah kematian di Gaza mencecah lebih 900 orang kebanyakannya kanak-kanak (277 orang) dan wanita (93 orang) dalam masa 16 hari sementara 4100 orang cedera demikian dilaporkan oleh Dr. Muawiya Hassanein , Pengarah Kecemasan Kementerian Kesihatan.

Categories
Berita Semasa

Ismail Haniyyeh : Kemenangan akan berpihak kepada kami.

Selasa ,13/01/2009 – Ismail Haniyyeh, ketua kerajaan yang sah di Gaza telah menyatakan bahawa kemenangan akan menjadi realiti bagi orang-orang Palestin keatas ancaman Zionis di Gaza. Merujuk kepada apa yang terjadi ke atas penduduk Palestin yang dihujani serangan berlarutan dari musuh.

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak akan mengalah.

Selasa ,13/01/2009 – Hamas menegaskan bahawa operasi tentera Zionis gagal dalam mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan Hamas. Hamas juga tidak akan berputus asa meskipun pelbagai sekatan dan keganasan Zionis. Dr. Ismael Ridwan salah seorang pemimpin Hamas menyatakan setelah 16 hari serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin, tujuan mereka adalah untuk menjadikan rakyat Palestin akur dengan segala kehendak Zionis-Israel.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Brigade al-Qassam berjaya menembak helikopter Israel.

Selasa ,13/01/2009 – Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa melakukan pendaratan  cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.

Categories
Berita Semasa

Laporan Al Jazeera tentang usaha para doktor sedunia membantu Gaza.

Antara yang ditemuramah adalah  Dr Jemilah daripada MERCY , Malaysia.

sumber : al jazeera

Categories
Berita Semasa

Terkini : 39 orang doktor masuk ke Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Jawatankuasa Kerajaan Menentang Sekatan Israel berkata seramai 39 doktor Arab dan Mesir telah dibenarkan masuk ke Gaza melalui Rafah pada hari Sabtu dengan 11 trak penuh dengan ubat-ubatan.

Alaa al-Batta jurucakap jawatankuasa berkata lagi sebanyak 5 ambulans turut dibenarkan masuk hasil sumbangan Algeria, Libya, dan Kesatuan Doktor Arab. Bagaimanapun tiada bantuan makanan dibenarkan masuk dan menggesa Mesir membuka sempadan Rafah dengan mutlak. Beliau berkata lagi Mesir harus menyegerakan bantuan ubatan dan makanan untuk membantu mangsa kekejaman Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous