
Selasa, 03/03/2009 – Keluarga salah seorang anggota Hamas, Abu Juhaisyah yang masih dipenjarakan oleh Israel menyeru semua pihak agar memainkan peranan bagi menghentikan pengusiran terhadap keluarga Abu Juhaisyah. Ini termasuk mantan presiden Palestin Mahmud Abbas agar dapat menggunakan pengaruhnya. Disamping itu, dialog amat diharapkan bagi menghentikan pertembungan politik yang tidak memberi manfaat.
Category: Berita Semasa

Selasa, 03/03/2009 – Pemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas, Talal Nassar menyatakan ingatan agar negara penyumbang tidak menyalurkan dana pembangunan semula Gaza kepada pihak Autoriti Palestin sebelum terbentuknya sebuah “pemerintah persatuan”. Beliau menyeru agar berhati-hati dan selektif dalam memberikan dana bantuan.

Selasa, 03/03/2009 – Muhammad Nizal, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan tindakan mengenepikan pergerakan tersebut dan kerajaan sah di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Ismail Haneyya adalah tindakan yang tidak berpijak di bumi nyata dan ia juga satu petunjuk negatif yang menggambarkan dana pembangunan semula Gaza telah dipolitikkan, di samping ia adalah percubaan untuk mengugut HAMAS.

Isnin, 02/03/2009 – Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas berkata pada hari Sabtu perjuangan menentang penjajahan Israel merupakan pilihan strategik Hamas dan akan berterusan sehingga setiap inci tanah Palestin dibebaskan.

Isnin, 02/03/2009 – HAMAS menolak proses mempolitikkan isu pembangunan semula Semenanjung Gaza juga usaha untuk menghubungkannya dengan pengguguran beberapa hak rakyat Palestin yang utama. Kenyataan ini dikeluarkan pada malam sebelum berlangsungnya sidang antarabangsa mengenai pembangunan semula Gaza di Sharm al-Syeikh, Mesir.

Isnin, 02/03/2009 – Tentera Israel telah menahan seorang pemimpin Fatah dari tebing barat bandar Tulkarem
pada awal Ahad lalu, menurut sumber media Palestin.

Jumaat , 27/02/2009 – Festival Filem Palestin Ann Arbor akan membuat penampilan pertamanya pada 11 Mac 2009 jam 8 pm di pusat teater termasyhur iaitu di Michigan Theatre Ann Arbor, Michigan. Sebagai satu dari beberapa festival filem Palestin untuk mengambil bahagian di Midwest Amerika Syarikat, Festival Filem Palestin Ann Arbor semestinya bakal menarik perhatian penggiat-penggiat seni dan rakyat Palestin.

Jumaat , 27/02/2009 – Mangsa akibat kepungan Israel telah meningkat ke 291 jumlah pesakit selepas kematian seorang pesakit yang berumur 30 tahun bernama Hossam Helles daripada Shujaiyeh , timur Gaza.
Di dalam sebuah kenyataan yang di terima oleh PIC, Kementerian Kesihatan Palestin berkata tentera rejim Zionis telah menafikan hak pesakit untuk menerima rawatan di luar daripada kawasan Gaza, sambil memberi amaran bahawa jumlah pesakit akan meningkat kerana banyak lagi pesakit yang berada di unit kawalan rapi menunggu laluan untuk keluar dibuka
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fakhrul77

Jumaat , 27/02/2009 – Semua kumpulan pejuang Palestin yang menyertai dialog perdamaian di Kaherah mengumumkan pada hari Khamis (26/2) persetujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional yang akan menjalankan tugas sementara menunggu pilihanraya baru diadakan.

Jumaat , 27/02/2009 – Beberapa aktivis Perancis telah mengadakan gerakan tanda tangan supaya memohon dunia Eropah menerima Hamas. Para aktivis yang dikenali “Mir” merupakan mereka yang menentang perkauman di Perancis. Mereka juga menyeru agar Hamas di keluarkan daripada senarai organisasi teroris.
HAMAS dan Fatah capai persetujuan.

Khamis , 26/02/2009 – HAMAS dan Fatah mengumumkan persetujuan persefahaman telah dicapai mengenai dialog keamanan nasional yang akan menamatkan secara menyeluruh semua serangan media yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Ia juga akan memberhentikan tangkapan politik dan berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pembebasan keseluruhan tahanan.

Khamis , 26/02/2009 –Saluran TV 10 Israel telah menyiarkan satu rancangan yang mencemuh dan menghina Nabi Muhammad (SAW) di mana salah seorang daripada para peserta itu bernama Natan Bshefken menyamakan kasutnya dengan Junjungan Mulia.

Khamis , 26/02/2009 – Ketua Parti Buruh Israel, Ehud Barak, menyatakan partinya menolak untuk bergabung dengan parti pimpinan Benyamin Netanyahu.

Khamis , 26/02/2009 – Harian al Dustur, Selasa (24/02), melaporkan bahawa Ketua Parti Buruh Israel, Ehud Barak, menyatakan partinya menolak untuk bergabung dengan kerajaan campuran berhaluan kanan yang dipimpin Benyamin Netanyahu.

Rabu , 25/02/2009 – Akhbar berbahasa Ibrani, Ma’arev hari ini, Selasa (24/2) melaporkan bahawa keadaan ekonomi di negara ‘Israel’ itu memasuki fasa yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat swasta gulung tikar setiap hari.