
Rabu, 30-09-2015 – Keputusan satu undian pendapat umum yang disiarkan pada Isnin kelmarin, menunjukkan populariti Presiden Kerajaan Palestin, Mahmoud Abbas telah merosot di kedua-dua bahagian Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Di sebalik kemerosotan undian yang diperolehi Mahmoud Abbas itu, populariti ketua pemimpin Hamas, Ismail Haneyya meningkat secara signifikannya di bahagian Tebing Barat.
Undian yang diadakan oleh Pusat bagi Kajian Dasar dan Penyelidikan Palestin di Ramallah, menunjukkan populariti pemimpin Hamas di Tebing Barat juga bertambah baik.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali













