Sami Abu Zuhri ditahan ?

Rabu, 31/05/2006 –

Jurucakap rasmi HAMAS, Sami Abu Zuhri (gambar) yang ditahan kerana membawa sejumlah dana bersamanya di sempadan Gaza-Mesir menegaskan bahawa dana tersebut telah sampai kepada menteri kewangan. Beliau juga berharap supaya khabar angin mengenai dana tersebut tidak mempengaruhi masyarakat dunia untuk menghulurkan sumbangan. Beliau telah ditahan pada minggu lepas kerana membawa sejumlah EURO 639,000.

Menurut beliau lagi, duit tersebut telah diserahkan semula kepadanya baru-baru ini. Beliau kemudiannya telah menyerahkan duit berkenaan kepada menteri kewangan. Dia menegaskan juga bahawa duit sumbangan negara-negara Arab dan Islam itu akan sampai ke tangan rakyat tanpa diragui lagi.