Israel Diminta Bebaskan 5 Wartawan Palestin

Jumaat, 26/08/2011 – Institut Komunikasi dan Pembangunan Palestin mengecam lanjutan penahanan 5 wartawan Palestin oleh otoriti Israel, juga serangan dan penghancuran terhadap badan-badan sivil termasuk media massa dan akhbar serta tindakan represif terhadap kebebasan.

Pihak Institut meminta, terutama PBB, Persatuan Media Antarabangsa dan tempatan, Liga Arab dan pihak antarabangsa agar mengecam pelanggaran Zionis terhadap kebebasan media dan wartawan Palestin. Pihaknya menyeru melakukan tekanan terhadap otoriti penjajah agar membebaskan para wartawan yang ditahan dan menghentikan pelanggaran yang berterusan terhadap wartawan Palestin.

Mahkamah militan Israel telah memperpanjang penahanan Ketua Biro Televisyen Aljazeera di Afganistan Samir Alawi (46) sewaktu mengunjungi keluarganya di Sebastia di pinggiran kota Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Pasukan Israel juga menahan wartawan Usaid Amarina (26) yang bekerja di televisyen al Aqsha, setelah menyerbu dan menyerang rumahnya di kem pelarian Dahisha di timur kota Bethlehem, wilayah selatan Tebing Barat. Beberapa orang wartawan lain yang ditahan adalah wartawan Amir Abu Arafa, dari bahagian berita tempatan “Syihab”, Muhammad Basyuarat (25) dari kota Tubas serta Nawaf Amir koordinator program televisyen al Quds di Tebing Barat pada Jun lalu.

sumber : COMES
penterjemah : osman