Jumaat, 26/08/2011 – Dua rakyat Palestin telah tercedera apabila pesawat pejuang Israel mensasarkan motosikal yang mereka tunggangi di tengah Gaza, menurut sumber dari bahagian perubatan.
Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu wartawan PIC bahawa salah seorang dari mereka mengalami kecederaan sederhana manakala yang lain mengalami luka-luka kecil.
Serangan udara lebh awal membunuh seorang komander sayap bersenjata Jihad Islam dan mencederakan dua daripada rakan-rakannya pada awal subuh pagi Khamis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada
the title should be change.. its suppose to be “dua rakyat palestin cedera dalam serangan israel” isn’t?
tq for the comments.