Khamis, 01/06/2006 –
Badan Perundangan Hamas yang dibentuk utk proses perubahan parlimen Hamas di Bandar Nablus telah mengkritik kekejaman yg berterusan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin . Terbaru, pembunuhan 7 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing
Barat Selasa lalu.
Badan itu merayu kepada seluruh dunia supaya tidak berdiam diri terhadap kekejaman itu. Dengan menambah dunia akan bergabung mempertahankan Israel jika rejim Zionis dibunuh oleh rakyat Palestin.
Dalam kenyataan Badan itu Selasa lalu, mereka telah mengesahkan yang pembunuhan terhadapa rakyat Palestin oleh rejim Zionis telah meningkat dalam masa terdekat dan ia membawa kepada kesengsaraan ekonomi dan sosial rakyat Palestin sendiri
Selasa lalu juga menjadi bukti tentang pembunuhan 4 rakyat Palestin di Semenajung Gaza dan 3 lagi di Tebing Barat dan berpuluh cedera akibat serangan rejim Zionis. Rakyat Palestin di Bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza dan juga Bandar Tulkam,
Jenin dan Nablus di Tebing Barat telah mengebumikan 7 pejuang mereka dalam suasana
yang pilu dan menggesa terhadap serangan balas ke atas Israel.