Khamis, 01/06/2006 –
Amerika sedang di dalam perancangan menggulingkan kerajaan Hamas, akhbar Palestin melaporkan.
Sumber-sumber yang diyakini memberitahu akhbar Al-Manar bahawa Amerika telah pun memberitahu pelan ini kepada sekutunya di Timur Tengah dan antarabangsa bahawa kerajaan Hamas akan digulingkan pada Julai tahun ini sekaligus tekanan akan ditingkatkan kepada kerajaan Hamas termasuk sekatan bantuan, sekatan kewangan, dan menutup segala langkah Hamas untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah Palestin.
Sumber pentadbiran Bush berkata pelan mereka ini mendapat restu daripada beberapa negara Arab. Amerika dan Israel sekarang ini giat melagakan Fatah dan Hamas. Beberapa parti Amerika berkata langkah Amerika ini hanya akan meningkatkan keganasan dan balas dendam terhadap Israel.