Jumaat, 02/06/2006 –
Dua pemimpin Arab, Raja Abdullah bin Abdul Aziz (Arab Saudi) dan Presiden
Mesir Husni Mubarak menyeru kerajaan autonomi Palestin yang dipimpin Hamas untuk
menerima inisiatif perdamaian Liga Arab yang telah diusulkan Pada Persidangan Arab
di Beirut, 2002.
Perkara ini ditegaskan oleh duta besar Mesir Sulaiman Awad yang menjadi jurucakap
presiden Mesir dalam satu persidangan di kawasan wisata Sharm al Shaikh, Rabu
(31/05). Menurut Awad, ?Mesir dan Arab Saudi, dan juga negara-negara Arab yang
lainnya, menyeru kerajaan Palestin untuk menerima inisiatif perdamaian Beirut.?
Inisiatif perdamaian yang diusulkan Arab Saudi dalam Persidangan Liga Arab di Beirut
2002 ini antaranya mengandungi persetujuan negara-negara Arab untuk kembali
melakukan hubungan diplomatik secara menyeluruh dengan Israel dengan syarat
penarikan pasukan Israel dari seluruh wilayah yang diduduki selepas Jun 1967,
termasuk di dalamnya Jerusalem (al Quds) Timur.
Awad menambahkan, ?Inisiatif perdamaian ini telah dikeluarkan dalam Persidangan Liga
Arab di Beirut, yang kemudian ditegaskan kembali dalam Persidangan Liga Arab
berikutnya. Mereka kembali menegaskan komitmennya dalam pelbagai persidangan Arab
dan yang terakhir adalah dalam Persidangan Liga Arab di Khartoum, Sudan pada 28 Mac
2006 lalu.?
Dalam waktu yang sama, Awad menyatakan bahawa Mesir dan Arab Saudi menyeru agar
semua pihak menghormati keputusan rakyat Palestin memilih Hamas serta tidak
memboikot dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap rakyat Palestin atau menghukum
mereka atas pilihan demokratik yang telah dibuat.
Beliau juga menjelaskan bahawa Mesir melihat pada ketika ini apa yang perlu
disegerakan adalah menghentikan pertembungan antara fraksi-fraksi Palestin.
Awad juga menyatakan bahawa pada hari Ahad ini (4/6/06) Presiden Mubarak akan
menyambut kedatangan PM Israel Ehud Olmert. Ini merupakan pertemuan pertama setelah
Olmert membentuk kerajaan baru Israel.