Jumaat, 02/06/2006 –
Menteri hubungan luar Dr. Mahmoud Al-Zahhar (gambar) , Selasa lalu (31/05/06) mengumumkan yang beliau telah menerima sokongan daripada kerajaan Malaysia dan Pakistan dari segi politik dan kewangan berhubung rakyat palestin dan kerajaan baru pilihan mereka.
Zahhar yang sekarang ini di dalam lawatan mengelilingi Asia untuk mendapatkan sokongan daripada negara asia untuk kerajaan baru Palestin, telah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi pada hari yang sama, dan menerangkan kepada beliau keadaan Palestin dari segi politik, ekonomi, kewangan dan sosialnya.
Beliau juga memaklumkan kepada ketua negara Malaysia itu berita mengenai konflik di Palestin sebenarnya telah diperbesar- besarkan oleh sebahagian pihak media, dan menegaskan bahawa situasi sebenarnya tidaklah seburuk seperti yang telah dilaporkan.
Zahhar menegaskan bahawa isu penting Dunia Islam dan Arab ialah persoalan Palestin, dan kerajaan beliau telah berjaya memulih kembali penyertaan Arab dan dunia Islam di dalam menangani isu penting Ummah iaitu persoalan Palestin.
“Kami telah menerjemahkan fakta ini di dalam lawatan saya ke negara-negara Arab yang baru sahaja selesai, dan lawatan Muslim yang saya baru mulakan dengan negara umat yang mempunyai populasi umat islam paling ramai iaitu Indonesia.”, jelasnya lagi.
Tambahan pula, Zahhar menegaskan bahawa ucapan Farouk Kaddomi, Ketua Biro Politik PLO dan Pengerusi Fatah di sidang NAM tidak menggambarkan keadaan dan perasaan sebenar rakyat Palestin, dan kedatangan beliau (Zahhar) ke sidang itu adalah untuk menerangkan wawasan rakyat Palestin dan kerajaan yang dipilih mereka di hadapan negara anggota NAM.
Menteri itu juga berjumpa dengan Menteri Kerjesama Antarabangsa Pakistan Salem Saif Al-Dien Khan dan kedua-duanya menegaskan akan hubungan erat antara rakyat Pakistan dan rakyat Palestin.
Menteri Pakistan itu memberi jaminan kepada Zahhar dan rakyat Palestin bahawa negara beliau tidak akan berhenti daripada memberi sokongan politik kepada Palestin dan tambahnya lagi walaupun negaranya miskin tetapi akan juga memberi sumbangan kewangan kepada kerajaan baru Palestin.