Categories
Berita Semasa

Erdogan menyuarakan keinginan mendalamnya untuk melawat Gaza.

Isnin, 19/09/2011 – Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyuarakan keinginan mendalamnya untuk melawat Semenanjung Gaza yang bergolak ketika lawatan di negara-negara Arab di Mesir, namun beliau tidak mahu menyusahkan warga Mesir ketika lawatannya.

Beliau berkata keinginan melawat Gaza merupakan salah satu impian terbesarnya. Beliau telah berkata kepada Presiden Mahmoud Abbas, “Mari kita sama-sama ke Gaza bertiga (Erdogan, Abbas dan Haneyya)”.

Erdogan muncul di Dream TV Mesir pada Isnin malam dan mengumumkan, “Semangatku bersamamu dan aku berharap jasadku juga bersamamu, namun aku tidak mahu membebankan rakyat Mesir dengan lawatanku ke Gaza”, dalam kenyataan yang ditujukan kepada rakyat Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati