Categories
Berita Semasa

Penduduk Tempatan Tangkis Serangan Pendatang Haram di Qusra

Isnin, 19/09/2011 – Penduduk tempatan baru-baru ini kampung Qusra, selatan Nablus, berjaya menangkis serangan peneroka haram Yahudi pada malam Isnin.

Para belia Palestin berjaya menangkis serangan yang dirancang dan mengejar penyerang apabila cuba untuk memasuki kampung dari selatan menggunakan bayang-bayang rumah, kata Hani Abu Reida, ketua majlis tempatan kampung.

Misi pertahanan awam ini telah beroperasi dalam rangka kerja yang jawatankuasa popular yang dianjurkan oleh majlis perbandaran Qusra selepas peneroka haram membakar masjid utama kampung Al-Nourein minggu lepas, Abu Reida berkata, sambil menambah bahawa pihak perbandaran membekalkan mereka dengan makanan, minuman, dan alat komunikasi.

Abu Reida menyeru pada majlis-majlis kampung lain di mana serangan peneroka haram kerap untuk membentuk majlis-majlis yang sama di dalam usaha untuk menjaga keselamatan rakyat Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen