Isnin, 05/06/2006 –
Menteri Pertahanan Isreal, Avi Dichter telah menggesa perampasan ke atas pertempatan Semenanjung Gaza. Gesaan ini di lakukan semasa sesi persidangan
Pertahanan Israel Ahad lalu
Beliau juga menambah tentang ketidakmampuan rejim Zionis untuk menghalang serangan Hizbullah
daripada Lebanon dan juga kegagalan menghalang perlu berpandu Qassam di semenanjung
Gaza
Beliau memperlekehkan tentang usaha pembebasan tahanan yang di bincangkan di Dialog
Antarabangsa Palestin bertempat di Bandar Ramallah sambil menganggap ia sebagai
usaha untuk merampas Jerusalem dan menjadikan ia sebagai ibu negeri Palestin
Dalam masa yang sama kekejaman rejim Zionis telah meningkat di beberapa bandar di Tebing
Barat seperti di perkampungan Battir, Bandar Bethlehem, Bathan, Bandar Nablus,
Karawat Bani Hassan di Salfit, Bandar Jenin dan beberapa tempat lain. rejim Zionis telah
menempatkan sejumlah besar tenteranya dan sekatan jalan raya ke bandar-bandar
tersebut
Di Semenanjung Gaza, serangan bertubi-tubi rejim Zionis ke atas kawasan penempatan Palestin
berterusan, namun tiada kecederaan di laporkan
Dalam pada itu, seorang tawanan rakyat Palestin, Amin Ahmed Taher Amer dari Bandar
Allar telah mendakwa yang pihak rejim Zionis telah menembak beliau di tangan kanan dan dada
sambil membiarkan beliau dalam masa yang lama sebelum memberi laluan kepada Ambulan
Palestin untuk membawanya ke Hospital Israel. Setelah 4 hari di hospital berkenaan,
dia di penjarakan di dalam penjara Israel di Ramle tanpa sebarang dakwaan