Isnin, 05/06/2006 – Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mahdi Akif (gambar) menegaskan bahawa perlu diambil
tindakan segera dan tegas terhadap peristiwa pembunuhan dua orang tentara Mesir oleh
pasukan Israel di perbatasan Mesir-Israel.Tindakan yang wajar dan hukuman qisas
perlu dijalankan, menurut beliau.
Akif menyatakan hal ini dalam suratnya pada Sabtu (3/6/06) di Mesir. Beliau
menyatakan bahawa pihaknya menolak dengan tegas kunjungan perdana menteri Israel
Ehud Olmert ke Kaherah dalam waktu terdekat ini. Ikhwan melihat kunjungan Olmert
tersebut sebagai satu penodaan terhadap martabat bangsa Mesir.
Dalam keteranganya, Akif turut mengecam pembunuhan terhadap dua tentera Mesir yang
sedang bertugas di perbatasan oleh pasukan keselamatan Israel. Ini bukan kejadian
pertama. Pihak Israel sering melakukan pembunuhan terhadap rakyat Mesir tanpa
alasan yang jelas dan tiada tindakan dan hukuman yang sewajarnya terhadap kesalahan
Israel tersebut. Pihak Israel sama sekali tidak memandang hormat terhadap bangsa
Mesir dan dengan sewenang-wenangnya membunuh anak watan Mesir.
Akif menambah, pada saat darah-darah rakyat Mesir belum kering, pada ketika Israel
masih mengepung saudara-saudara kita di Paslestin dan membuat mereka kelaparan.
Israel masih sempat menggempur dan membunuh rakyat Mesir.
Maka kunjungan perdana menteri Israel ketika ini kami tolak dengan tegas, katanya.