Categories
Berita Semasa

Seorang terbunuh, empat cedera dalam letupan di dalam terowong penyeludupan Gaza

Rabu, 21/09/2011 – Seorang pekerja lelaki Palestin meninggal dunia manakala empat yang lain cedera dalam letupan gas silinder dalam penyeludupan terowong timur Gerbang Salaheddin di selatan Semenanjung Gaza.

Pasukan menyelamat di Rafah berjaya menemui lima pekerja terowong selepas letupan berlaku di dalam terowong itu yang membunuh Ashraf al-Qara, 27, dari Khan Younis. Menurut sumber dari Jabatan operasi di Pertahanan Awam Gaza itu, empat yang cedera berada dalam keadaan terkawal.

Terdahulu, jawatankuasa kecemasan tertinggi Gaza berkata orang awam mengalami kecederaan yang serius dalam letupan di dalam terowong di sempadan Mesir itu, tanpa menyatakan punca letupan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada