
Rabu, 21/09/2011 – Tembakan dilepaskan ke arah kediaman dan seorang warga tempatan di selatan Nablus telah dilanggar oleh sebuah kereta dalam satu serangan pada Isnin setelah pihak berkuasa rejim Israel menyeru para pendatang Yahudi di Tebing Barat untuk mempertingkatkan usaha penentangan terhadap rakyat Palestin.
Tiada kecederaan dilaporkan setelah para pendatang Yahudi itu melepaskan tembakan ke arah rumah milik Saeed al-Najjar, seorang penduduk Burin, selatan Nablus, demikian menurut Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang ditugaskan memantau kegiatan pendatang di Tebing Barat.
Daghlas menambah, bahawa sekumpulan pendatang Yahudi cuba memasuki kampung Awarta yang juga terletak di selatan Nablus, namun berjaya dihalang oleh para penduduk.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati