Israel Berusaha Halang Wakil Hamas Masuk Ke Eropah

Selasa, 06/06/2006 –

Menteri Luar Zionis Israel, Tzipi Livni menyatakan beliau telah meminta negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) agar menghalang para menteri dan anggota
dewan legislatif Hamas untuk masuk ke negara-negara Eropah.

Hal tersebut ditegaskan Livni dalam sidang urusan luar negara dan keamanan di parlimen Israel ?Knesset?, Isnin (05/06). Livni mengatakan, ?Israel telah memutuskan untuk mengambil langkah ini setelah beberapa orang aktivis Hamas yang ada di dalam kerajaan autonomi Palestin akhir-akhir ini berjaya masuk ke Sweden dan Norway”

Kejayaan tokoh Hamas masuk ke kedua-dua negara Eropah tersebut, menurut Livni,adalah kerana pihak EU tidak mendaftar orang-orang Hamas yang sepatutnya tidak boleh masuk ke negara-negara anggotanya.

Seperti yang dipetik dari media massa Israel, Livni mengatakan bahawa Israel berniat memberikan senarai nama menteri dan anggota dewan legislatif Palestin daripada pihak Hamas kepada negara anggota EU. Tujuannya adalah untuk mempermudahkan negara-negara
EU menghalang para aktivis Hamas dari masuk ke Eropah.