Tamimi: Rakyat Palestin Mahu Bersatu

Selasa, 06/06/2006 –

Sheikh Tayseer Al-Tamimi, ketua hakim Syariah Palestin menegaskan rakyat Palestin mahu bersatu dan dengan itu sahajalah kemenangan dan kemerdekaan boleh dicapai dalam menentang penjajah Israel.


Sheikh Tamimi, yang sedang menghadiri seminar kemanusiaan di Switzerland, dalam khutbahnya di Masjid Besar Lausanne, Switzerland berkata adalah normal berbeza pendapat dalam berbagai peringkat tetapi rakyat Palestin akan bersatu atas nama perpaduan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka.

Para Zionis membunuh dan membunuh setiap hari hanya kerana kami menuntut hak kami, kata beliau lagi dengan menggesa negara EU melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin. Beliau menggesa komuniti Arab dan Islam di Eropah memainkan peranan dengan menerangkan kesengsaraan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin yang dilakukan oleh Zionis.