Categories
Berita Semasa

Abu al-Subuh: Tahanan dipaksa berbogel ketika pemeriksaan harian

Selasa, 04/10/2011 – Dr. Attallah Abu al-Subuh, Menteri Tahanan dan Bekas Tahanan berkata, para tahanan Palestin di penjara Israel memulakan mogok lapar pada Rabu dan Khamis dan akan meneruskannya sehingga Sabtu untuk membantah tindakan rejim Israel ke atas mereka.

“Para tahanan dipaksa berbogel ketika pemeriksaan harian dan tahanan wanita mengalami penderaan yang paling teruk,” kata beliau pada satu sidang akhbar hari Khamis. Beliau juga menekankan bahawa para tahanan sedang mengalami penderaan dan penderitaan yang sangat teruk seperti fahaman Nazi, maka mereka mengambil tindakan mogok.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati