Selasa, 04/10/2011 – Khaled Mesh’al, Pengerusi Biro Politik Hamas tiba di Amman, ibu negara Jordan, pada tengahari Khamis (29 September) lalu, untuk menziarahi keluarganya, terutamanya ibunya yang kini sedang sakit.
Ezzat Ar-Reshqq, anggota Biro Politk Hamas berkata, pengerusi biro tersebut tiba di ibu negara Jordan, Amman, untuk menziarahi ibunya yang sedang ditimpa sakit.Ar-Reshaq dalam kenyataan untuk Al-Quds Press memberitahu bahawa kehadiran Mesh’al ke Jordan adalah di atas dasar menziarahi keluarga, dan tiada perancangan untuk sebarang pertemuan politik dalam apa jua bentuk termasuklah dari pihak media.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen