Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan PA menangkap dua penyokong Hamas serta wartawan

Selasa, 04/10/2011 – Pihak keselamatan PA terus bersikap keterlaluan di Tebing Barat apabila mereka menangkap dua penyokong Hamas, menyerbu rumah tahanan Palestin di penjara dan terus menahan dua wartawan Sayeh dan Bisharat.

Di daerah Nablus, ejen keselamatan pencegahan menyerbu rumah Hamadneh Ahmad, bekas tawanan di penjara pendudukan Israel dari kampung Aseera al-Shamaleyyah, dan menahan beliau. Hamadneh menghabiskan lebih dari enam tahun di dalam penjara penjajahan.

Seorang pemuda keselamatan pencegahan PA juga telah menangkap Muhammad Aseeda di luar Universiti Najah di Nablus. Aseeda berasal dari kampung Tal dan adalah bekas tawanan di penjara penjajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada