Khamis, 08/06/2006 –
Sumber rapat kepada Mahmoud Abbas memberitahu perbincangan di antara semua kumpulan pejuang menemui kebuntuan dan Abbas akan mengadakan referendum untuk undi popular atas satu dokumen penjara.
Hamas berkata mereka tidak dapat sampai ke Ramallah atas sebab sekatan Israel dan meminta tempat perbincangan dipindahkan ke Gaza. Hamas berkata pengumuman itu menunjukkan Fatah tidak serius dalam menjayakan perbincangan walaupun belum bermula lagi dan Fatah telah merancang sedemikian rupa untuk melaksanakan rancangan mereka.
Hamas telah menolak idea referendum ini yang mengiktiraf Israel dan diadakan pada masa rakyat Palestin dibiar kelaparan dengan pelbagai sekatan oleh kuasa besar.