Khamis, 08/06/2006 –
Menteri kesihatan Palestin, Dr. Basel Na’im menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi untuk berkhidmat terhadap rakyat dan pesakit-pesakit Palestin. Menteri itu cuba menganggu rejim Zionis dengan memberikan tekanan dan membuat kekacauan kepada sektor kesihatan Palestin dengan tujuan untuk menimbulkan huru-hara di Palestin, tetapi memberi amaran ia mungkin akan merebak ke seluruh negara.
Beliau memberitahu sebuah delegasi Physicians untuk bantuan hak asasi manusia kerana kedegilan Zionis bukanlah perkara baru untuk kerajaan Tel Aviv yang tidak menghormati perjanjian antarabangsa termasuk sidang di Geneva.
Delegasi itu menyatakan kesediaan mereka untuk membantu dari segi kos rawatan pesakit yang dihantar ke luar negara, penghantaran doktor ke Gaza dan melatih doktor di Palestin. Mereka juga memberitahu penghantaran ubat-ubatan dijangkakan akan tiba dalam beberapa hari lagi ke Palestin.