Berikut adalan perincian daripada wawancara wartawan Infopalestina dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyyah.
?Kami tanggani semua keputusan berkenaan masalah Palestin dengan penuh
tanggungjawab, berlandaskan hak-hak Palestin dan kepentingannya yang utama? ?Kami
hormati piagam tahanan ?hadarem?. Di dalamnya terdapat kepentingan bersama yang luas
dan bahagian-bahagian yang memerlukan langkah politik dengan cermat? demikian
petikan wawancara dengan Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya.
?Jika para peserta dialog Palestin mempunyai asas pemikiran bahawa masalah berpunca
dari Palestin dan faktornya adalah Palestin maka dialog yang dijalankan pastinya
tidak akan mencapai hasil yang diharapkan?
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya menyatakan bahawa beliau akan melakukan
kunjungan ke negara-negara Arab untuk mendapatkan sokongan politik dan dana serta
menyelesaikan masalah embargo dunia terhadap rakyat Palestin. Beliau juga
mengungkapkan rasa bangga atas simpati dan empati dunia Arab dan Islam secara rasmi
atau tidak terhadap rakyat dan kerajaan Palestin.
Beliau mengatakan kepada Markaz filistini lili?lam, “kita memiliki
beberapaalternatif dari negara-negara Arab dan Islam sama ada pemerintahnya atau
rakyatnya. Pada waktu ini pihak kerajaan Palestin sudah memiliki sumber dana tetap
dan menyeru kepada Kesatuan Eropah untuk menilai kembali keputusannya. Kita tidak
lupa mengingatkan kewajipan negara antarabangsa untuk memberikan dokongannya
terhadap rakyat Palestin sama ada dalam bentuk sumbangan dana atau sokongan politik.
Ini penting untuk mengakhiri penjajahan Israel dan menghentikan embargo”.
Haneyya menyatakan bahawa inisiatif Arab memiliki sudut pandangan positif namun
terdapat banyak kelemahan. Beliau menegaskan bahawa kita tidak boleh lupa Israel
menolak inisiatif ini sejak awal sehingga diketahui umum Sharon sememang menolaknya.
Israel terus sahaja melakukan penjajahan di Tebing Barat dan mengepung rumah
presiden Arafat yang ketika itu berada di Ramallah.
Kami tangani semua keputusan yang
berkait dengan masalah Palestin dengan penuh tanggungjawab berdasarkan hak-hak
tetap Palestin dan kepentingannya yang utama.
Haneyya juga menegaskan pentingnya dialog nasional diteruskan dengan memastikan
kejelasan titik tolaknya. Berkenaan referendum, beliau mengatakan, kita tidak
memerlukannya dan kita perlu mendapatkan kesefahaman bersama. Ini kerana rakyat
Palestin sudah menyatakan pendapat mereka pada pilihanraya umum terakhir dan ini
adalah kehendak dan aspirasi rakyat Palestin yang demokratik.
Berikut adalah antara petikan wawancara tersebut:
Infopalestina (If) : Adakah anda akan membuat kunjungan ke negara-negara Arab dan Eropah selepas ini?
Ismail Haneyyah (IH): Ya, ada rancangan kunjungan ke negara-negara Arab. Namun kunjungan ke Eropah
memerlukan perancangan yang lebih rapi dan melalui pelbagai prosedur kerana ia
berkait dengan polisi Eropah dan sejauhmana penerimaan mereka terhadap kerajaan
Palestin.
If: Negara Arab yang mana akan anda dikunjungi?
IH: kami diundang secara rasmi oleh Qatar dan pastinya kami akan sambut undangan
ini. Dalam perancangan, kami akan mengunjungi beberapa negara Arab dan ketika ini
pihak kami sedang bersiap untuk melakukan lawatan rasmi. Terbaru, kami menerima
undangan dari menteri telekomunikasi Kuwait melalui menteri telekomunikasi kami. Ia
merupakan surat persaudaraan kunjungan ke negara-negara Arab yang mencakupi Kuwait.
If: semua pihak menunggu usaha yang akan anda lakukan?apakah benar anda akan mula
melaksanakan inisiatif perdamaian Arab tahun 2002 secara berperingkat? Dan bilakah
anda akan mengumumkannya secara rasmi?
IH: Sebenarnya inisiatif Arab memiliki sudut-sudut positif namun ia mempunyai banyak
kelemahan. Kita tidak boleh lupa bahawa Israel menolak inisiatif ini sejak awal dan
diketahui umum bahawa Sharon menolaknya dengan secara praktikal. Pihak Israel terus
sahaja melakukan penjajahan di Tebing Barat dan mengepung rumah presiden Arafat di
Ramallah pada ketika inisiatif diumumkan tahun 2002 di Beirut. Jadi masalahnya bukan
pada sikap Arab atau Palestin tetapi sikap Israel sendiri yang tidak pernah mengakui
hak-hak Palestin.
If: Banyak pihak sama ada di Timur Tengah atau negara-negara lain menunggu keputusan
pihak antarabangsa.
IH: Semua masalah yang timbul sudah kami sampaikan pendirian kami melalui parlimen
Palestin. Kami tangani semua keputusan yang berkait dengan masalah Palestin dengan
penuh tanggungjawab berdasarkan hak-hak tetap Palestin dan kepentingannya yang
utama. Soal kesepakatan Israel dengan kerajaan Palestin sebelumnya juga sudah kami
nyatakan dengan tegas.
If: Apakah anda akan melakuan perubahan strategi di tengah kemelut situasi sekarang
dan embargo yang terus berjalan? Dan adakah pihak anda akan menuruti syarat-syarat
Jawatankuasa Kuartet? Apakah tuntutan tersebut adil sehingga perlu dituruti?
IH: Ada syarat-syarat yang diminta oleh Jawatankuasa Kuartet yang tidak adil dan
kejam terhadap rakyat Palestin dan hak-haknya. Seharusnya Jawatankuasa Kuartet
meminta kepada pemerintah penjajah Israel untuk mengakui hak-hak kami di tanah kami
sendiri dan menghentikan penjajahan Israel, perkampungan baru, serangan, pembunuhan
dan menghentikan perampasan hak-hak kami.
bersambung…