Hamas: Kami tidak akan menerima referendum

Jumaat, 09/06/2006 – Pergerakan Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima referendum daripada dokumen banduan walau apapun akibatnya, dan menegaskan referendum tersebut merupakan pencabulan keatas undang-undang dan kedaulatan Palestin.


Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri (kiri), berkata 5 kumpulan pecahan Palestin telah menafikan dakwaan ahli jawatankuasa eksekutif PLO bahawa semua kumpulan bersetuju dengan dokumen penjara Hadarim dan menyokong diadakan referendum melainkan Hamas. ?Dokumen itu mengandungi perkara-perkara positif dan kontroversi?, tegas Abu Zuhri.

Beliau menegaskan pergerakannya memandang desakan yang dilakukan untuk diadakan referendum sebagai langkah untuk menafikan kebolehan kerajaan yang dibentuk oleh Hamas. Seterusnya beliau menambah bahawa Hamas tidak akan membenarkan kejatuhan kerajaannya dan akan terus mengalu-alukan dialog kebangsaan tanpa ada ugutan.

Beliau kesal dengan pihak pejabat Presiden PA yang tidak menyediakan persekitaran yang sesuai untuk diadakan dialog nasional, dan juga mengugut sessi yang baru bermula itu ditukarkan kepada referendum sekiranya tiada kata putus dicapai dalam masa 10 hari.

Beliau memberi contoh beberapa tindakan yang dilakukan untuk menggagalkan kerja kerajaan sejak penubuhannya, seperti menidakkan penyaluran maklumat dan kuasa menjaga keselamatan.

?Kami merupakan sebuah kerajaan yang tiada wang, tiada keselamatan, tiada media?ini merupakan suatu situasi yang tidak boleh diterima?, katanya, dan menambah kerajaannya sepatutnya diberikan hak kuasa yang sepenuhnya. Abu Zuhri kemudiannya menyelar tindakan Yasser Abed Rabbo, ahli jawatan kuasa eksekutif PLO, yang mengugut Hamas dan menyatakan bahawa individu ini tidak mewakili mana-mana pertubuhan di dalam arena Palestin melainkan dirinya sendiri. ?Dia tidak mempunyai kuasa dan hanya mewakili dokumen Geneva yang tidak membenarkan pelarian Palestin ?hak untuk kembali?, kata jurucakap itu.

Beliau juga berkata Pergerakannya akan melakukan ?tindakan yang sepatutnya? jika Presiden PA, Mahmoud Abbas mengeluarkan arahan untuk diadakan referandum, dan akhirnya menggesa kepada mereka yang menyuruh diadakan referendum ini bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesan yang terhasil daripada tindakan mereka ini.