Raja Jordan Tolak Gagasan Mewujudkan Negara Alternatif

Jumaat, 09/06/2006 –

PM Palestin, Ismael Haneyya menyambut baik penyataan Raja Jordan, Abdullah II yang menegaskan bahawa beliau menolak gagasan negara alternatif dan mendukung hak kembali pelarian Palestin ke kampung halaman mereka di Palestin terjajah.

Sebelumnya, seperti dalam penyataan akhbar yang disiarkan Markaz filistini lili?lam, Raja Abdullah II menyatakan bahawa Jordan adalah Jordan dan Palestin adalah Palestin. Rakyat Palestin memiliki negara iaitu Palestin dan bukan di tempat lain.
Jordan tidak akan menjadi negara alternatif bagi siapapun di luarnya.

Raja Abdullah menyatakan kegelisahannya berkenaan perancangan sepihak yang dilakukan
oleh Israel. Beliau menegaskan bahawa hak Palestin perlu dihormati iaitu hak untuk mendirikan negara Palestin.

Mengulas penyataan Raja Abdullah II, PM Palestin menyambut baik kenyataan tersebut. Menurutnya, apa yang disampaikan Raja Abdullah adalah penegasan strategi bersama Palestin?Jordan, sepakat menghalang strategi Israel yang menolak hak kembali pelarian Palestin dan ingin menetapkan Jordan sebagai negara alternatif bagi mereka.

PM Haneyya menegaskan kembali bahawa hubungan antara Palestin dan Jordan sangat kuat dan kukuh serta berpegang dengan beberapa persetujuan bersama.