Selasa, 13/06/2006 –
Pergerakan Hamas menafikan mengeluarkan kenyataan berkabung diatas kematian ketua kumpulan Al- Qaeda di Iraq, Abu Musab Al-Zarkawi, akibat daripada serangan udara tentera Amerika Rabu lepas.
Sumber yang bertanggungjawab dalam Pergerakan Hamas itu berkata dalam kenyataan akhbarnya bahawa pejabat medianya telah menghubungi agensi berita Reuters yang menyebarkan kenyataan yang ditandatangani oleh Hamas pada Khamis lepas berkaitan perkara ini.
Sumber itu berkata pejabat media mereka dengan rasminya menafikan berita itu, yang mana telah diterbitkan oleh agensi tersebut keesokan harinya.Beliau menggesa pihak media agar memastikan dahulu sumber beritanya sebelum menyebarkan berita sebegini, dan juga meminta agar pihak-pihak yang telah membuat pendirian berdasarkan berita ini supaya mengkaji semula keputusan mereka.Berpuluh kenyataan palsu telah dikeluarkan dengan menggunakan nama Hamas yang bertujuan untuk merosakkan imej Pergerakan itu disamping pencerobohan Israel serta agen-agennya.