Rabu, 14/06/2006 – Rejim Zionis yang berpakaian awam menahan Salah Al-Balhawi, 43, seorang aktivis AMB yang dikehendaki oleh rejim Zionis sejak meletusnya Intifada September 2000.
Sementara itu, rejim Zionis dengan 10 buah kenderaan tentera menyerbu perkampungan Toura Al-Gharbeyya Jenin Barat, dan memusnahkan rumah Naji Taher dan tempat ternakan dimiliki Fayez Khalil.Dalam hal yang lain, Menteri Buruh Palestin Mohammed Al-Bargouthi, pada hari Isnin (12/06/06) mengutuk tindakan penduduk haram Israel yang menembak sekumpulan pekerja Palestin di daerah Al-Khalil yang merupakan kekejaman ke atas orang awam yang menyara kehidupan mereka.