Rabu, 14/06/2006 –
Wakil Hamas dalam jawatankuasa bertindak gerakan Islam dan nasional, Khalil Nofal menegaskan pada hari Selasa, operasi pengeboman dan pembunuhan yang hebat oleh rejim Zionis tidak akan dapat memaksa rakyat Palestin yang perpendirian teguh serta kerajaannya untuk tunduk kepada tekanan itu.
Di dalam kenyataan eksklusifnya kepada PIC, beliau menambah, ?Kami didalam Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terrosime oleh rejim Zionis keatas rakyat Palestin yang mana dengan jelas menunjukkan mentaliti zalim rejim Zionis, yang merupakan tidak balas semula jadi mereka kepada semua saranan keamanan dan serahan diri?.
Pesawat pejuang rejim Zionis telah melancarkan serangan baru di Jalur Gaza pada pagi hari Selasa dan telah membunuh 11 orang warga Palestin, termasuk tiga orang kanak-kanak dan mencederakan yang lain, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dengan peluru dan peluru berpandu rejim Zionis lebih daripada 40 orang dalam bulan ini sahaja.Beliau berkata pembunuhan beramai-ramai tersebut sengaja dilakaukan oleh rejim Zionis untuk menggugat pendirian rakyat dan kerajaan Palestin dan kesungguhan mereka untuk mengharungi sekatan yang tidak adil yang dikenakan oleh Barat dengan permintaan daripada Israel untuk mengugut rakyat Palestin .
Beliau menggesa Presiden PA, Mahmoud Abbas untuk mengerah tenaga untuk mengumpulkan kumpulan-kumpulan rakyat Palestin dan tenteranya untuk menghadapi tentera rejim Zionis, dan menambah, ?Jenanyah yang dilakukan oleh Olmert keatas rakyat Palestin menggambarkan penafiannya kepada hak rakyat Palestin untuk wujud serta hidup dalam keamanan di tanah air meraka sendiri?. Beliau juga mengutuk komuniti antarabangsa, pentadbiran AS, EU dan negara-negara Arab serta Muslim kerana membisu walaupun jenayah kejam yang berterusan diklakukan oleh rejim Zionis. Beliau menggesa kumpulan-kumpulan tempatan mahupun serantau yang mengharapkan keamanan dengan kerajaan penjajah Israel yang ?tidak berhati perut? itu supaya ?mengkaji semula impian? merka.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar harian Hebrew, Ha?aretz menyatakan disebalik tentangan daripada antarabangsa dan serantau kepada pelan penyatuan Olmert, pihak berkuasa Israel sedang merangka pelan alternatif dua hala dimana Abbas akan menjadi wakil dipihak Palestin dalam usaha untuk menjayakannya.Menurut akhbar tersebut, pelan itu menjelaskan berkaitan penubuhan negara Palestin di atas sempadan sementara bersebelahan dengan aparted, tembok pemisah akan dibina di Tebing Barat dan Israel akan mengekalkan kawalan keselamatan di Lembah Jordan.