Gunting dalam lipatan bersama HAMAS ?

Jumaat,

16/06/2006 – Dr. Salah Bardawil, jurucakap gerakan Hamas di parlimen Palestin menyebutkan
bahawa terdapat pihak yang berpengaruh dalam pemerintahan Palestin dan gerakan
Fatah berusaha untuk menggagalkan kerajaan Hamas di parlimen.

Bahkan beliau menegaskan, Presiden Mahmod Abbas termasuk orang yang bertanggungjawab
dalam hal ini. Penyataan ini disampaikan sebagai reaksi atas tindakan anggota
keselamatan dan sejumlah anggota Fatah menyerang pejabat perwakilan parlimen di
Ramallah yang menuntut gaji mereka dilunaskan segera.

Jurucakap Hamas menyatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab membayarkan gaji
mereka adalah presiden Mahmod Abbas sendiri. Para anggota parlimen sendiripun belum
menerima gaji mereka selama enam bulan terakhir.