Categories
Berita Semasa

Wartawan TV “Israel” dihalau.

Selasa, 25/10/2011 – Pada 18 oktober, bekas tahanan, Muhammad Mansour Ziyada, menolak keluar seorang pemberita Saluran Satu televisyen Israel dari khemah penyambut yang didirikan bersebelahan dengan rumahnya di Al-Waha Al-Khadra’, di bandar Lod, dilaporkan oleh Agensi Berita Arab48.

Wartawan tersebut yang tiba di khemah untuk menemuramah Ziyada berkenaan dengan suasana yang dialaminya semasa dalam proses pembebasan tahanan fasa pertama melalui perjanjian pertukaran – tahanan antara Israel dan Hamas. Walaubagaimanapun, Ziyada enggan ditemuramah lalu menolak beliau keluar dari khemah tersebut.

Laman sesawang Arab48 melaporkan bahawa pada ketika kejadian itu, wartawan tersebut tiba di khemah lalu Ziyada menanyakan identitinya, dan wartawan tersebut mengatakan bahawa dia adalah pemberita untuk Saluran Satu televisyen Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah