Selasa, 25/10/2011 – Tentera Israel telah menahan Dimitri Diliani, yang merupakan seorang ahli Majlis Revolusi Fateh pada pagi Selasa yang lepas. Menurut laporan dari Agensi berita Palestinian, PNN, beliau telah dipindahkan ke Pusat Tahanan Al-Maskobiyya untuk disoal siasat.
Pergerakan Fateh di Timur Jerusalem menyatakan bahawa pemimpim-pemimpin Palestine yang menjalankan tanggungjawab mereka kepada Negara, rakyat dan tapak suci itu, telah menjadi sasaran Israel.Pergerakan tersebut turut membuat satu permohonan kepada pertubuhan hak asasi manusia bagi mengakhiri serangan pihak Israel ke atas golongan intelektual dan wartawan Palestine.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar