Categories
Berita Semasa

Abu Obaida Beri Maklumat Terperinci Fasa Kedua Pertukaran Tahanan

Selasa, 25/10/2011 – Abu Obaida, jurucakap Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas berkata, fasa kedua perjanjian pertukaran tahanan, yang melibatkan tahanan keselamatan tua dan sakit, turut disertai bersama beberapa tahanan yang menjalani hukuman 20 tahun atau lebih penjara.

“Selain membebaskan tahanan yang sakit tenat, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menjalani hukuman 20 tahun di penjara Israel”, kata Abu Obaida. Fasa kedua perjanjian pertukaran tahanan akan melibatkan pembebasan 550 orang tahanan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep