
Selasa, 25/10/2011 – Yahya As-Sinwar, pemimpin Al-Qassam, yang telah dibebaskan dalam pertukaran tawanan ada menyatakan bahawa kebolehan pihak “Al-Qassam Briged” menyembunyikan tentera Zionis Gil’ad Shalit selama ini tanpa sebarang pengesanan di Semenanjung Gaza, merupakan satu tamparan hebat bagi sistem keamanan musuh.
As-Sinwar ada memberikan satu kenyataan di laman web “Al-Qassam” pada hari Khamis (20-10), “Perjanjian berkaitan pertukaran ini merupakan satu pencapaian yang bersejarah kerana berjaya menawan Shalit dan menyembunyikannya dalam tempoh bertahun-tahun. Dan ini adalah satu tamparan hebat bagi sistem keamanan musuh.”
Beliau menambah, “Jika perang Oktober dapat menewaskan sistem ketenteraan dan menyembunyikan Shalit dalam tempoh lima tahun tiga bulan, ia akan menjadi satu tamparan hebat bagi perkhidmatan perisikan Zionis yang tidak dapat menewaskannya. Inilah yang didakwa dan diakui oleh para pemimpin pihak musuh. Dan kelihatan seperti banyak media massa terlepas pandang akan perkara ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : iffah