Categories
Berita Semasa

Al-Qentar : “ Pembebasan Tahanan ,Bukti Hamas Adalah Jalan Kepada Pembebasan”

Selasa, 25/10/2011 – Bekas tahanan dari Lubanan, Samir Al-Qentar berkata, pembebasan tahanan lelaki dan wanita daripada penjara tentera adalah bukti bahawa kumpulan penentang (Hamas) adalah satu-satunya jalan terakhir bagi pembebasan semua baki tahanan , lapor Agensi Berita Ma’an, pada 19 Oktober.

Al-Qentar melaporkan didalam kenyataannya pada 18 Oktober, kebanyakan 477 tahanan yang dibebaskan diatas pertukaran dengan Gilad Shalit, yang mana dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dia menambah, bahawa lebih banyak rundingan perlu dilakukan untuk membebaskan lebih ramai tahanan.

Beliau menggesa kumpulan penentangan Palestin itu untuk menawan lebih ramai lagi askar Israel, bagi membolehkan rundingan bagi pembebasan beribu-ribu tahanan yang ditempatkan di Penjara Israel, pada masa akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda