Categories
Berita Semasa

Tentera Israel selindung bukti serangan Eilat bukan didalangi oleh warga Palestin

Khamis, 27/10/2011 – Selepas serangan tembakan ke atas bas dan trak warga Israel 2 bulan lalu yang mengorbankan 5 orang awam dan 3 orang askar, pegawai tentera Israel terus menuding jari dan mendakwa kumpulan pertahanan Palestin yang bertanggungjawab. Siasatan tentera Israel yang mendedahkan bahawa serangan tersebut didalangi warga Mesir, bukannya Palestin bagaimanapun telah disekat daripada disebarkan.

Walaupun keputusan penyiasatan tersebut dikeluarkan secara senyap oleh tentera pada bulan lepas, mereka tidak menyiarkan sebarang butiran lanjut, dan telah menolak permintaan wartawan untuk sebarang informasi. Satu artikel yang diterbitkan oleh akhbar harian Israel Yedioth Ahranoth mengesahkan keputusan siasatan dalaman bahawa serangan tidak didalangi warga Palestin, dengan maklumat daripada dokumen “bocor” menunjukkan rumusan pihak penyiasat.

Kenyataan awam, jurucakap tentera Lt Col. Avital Leibovitz telah menolak untuk memberi sebarang komen mengenai dokumen bocor tersebut, dan terus berpegang dengan pertuduhan asal tentera bahawa penyerang adalah dari Gaza, walaupun bukti bertentangan dengan kenyataan mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep