Categories
Berita Semasa

Rundingan Antara Pemimpin2 Israel , Amerika dan Mesir Berkenaan Perjanjian Pertukaran Perisik

Khamis, 27/10/2011 – Rundingan kini sedang dijalankan berkenaan perjanjian diantara Israel, Amerika Syarikat dan Mesir bagi melakukan pertukaran perisik Israel, Ilan Gerabil, yang merupakan pemegang pasport Amerika Syarikat, berikutan tuduhan merisik bagi pihak Israel dan membakar kemudahan-kemudahan kerajaan Negara Mesir, serta untuk 25 orang rakyat Mesir yang dijadikan tahanan oleh pihak Israel, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Mesir lewat hari Isnin.

Tahanan-tahanan rakyat Mesir ditahan atas tuduhan hasutan politik, dan seramai 3 orang kanak-kanak rakyat Mesir termasuk dalam tahanan Israel itu. Perjanjian tersebut dijangka akan dilaksanakan dalam beberapa hari yang akan datang seandainya mendapat kelulusan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar