Zahhar: Kami akan terus membawa wang untuk rakyat kami

Isnin , 19/06/2006 – Dr. Mahmoud AL-Zahhar, menteri luar pihak berkuasa Palestin pada hari sabtu yang lalu mengesahkan bahawa kunjungan beliau ke negara-negara Arab dan Asia baru-baru ini adalah satu kejayaan dan menegaskan bahawa kerajaannya tidak akan membenarkan rakyat Palestin berada dalam kelaparan.

Berucap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata bahawa lawatan 22 hari tersebut telah mencapai kejayaan yang jelas dan bakal membuahkan hasil yang positif terhadap permasalahan Palestin.
Beliau berkata bahawa negara-negara yang dikunjunginya telah menjanjikan komitmen untuk membantu rakyat Palestin daripada segi kewangan dan hartabenda. Beliau juga menambah bahawa dalam kunjungan tersebut beliau telah mendapat banyak sumbangan.