Selasa , 20/06/2006 –
Mohammad Mahdi Akef, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin telah menyatakan rasa terkejut beliau terhadap PLO atas dakwaan mereka yang menyatakan mereka adalah pemelihara hak dan tanah rakyat Palestin, sedangkan hakikat yang sebenar adalah mereka cuba untuk menyerahkan hak-hak tersebut kepada rejim Zionis.
Dalam perutusan mingguannya, Akef menyatakan bahawa sekutu-sekutu PLO cuba untuk memenangi hati rakyat Palestin bagi meyakinkan mereka untuk menyerahkan majoriti tanah mereka kepada penjajah Zionis dengan menggunakan helah tekanan antarabangsa. Beliau menjelaskan lagi bahawa kumpulan ini cuba mencari penyelesaian untuk menubuhkan sebuah Negara Palestin yang dan menafikan hak rakyat Palestin untuk kembali.