Categories
Berita Semasa

Skim Untuk Membina Penempatan Yahudi di Selatan Baitul Maqdis Sebanyak 4 ribu Unit Rumah.

Khamis, 27/10/2011 – Sumber media penyelidikan Ibrani telah mendedahkan tentang kerajaan Zionis telah meluluskan plan rumah bagi pembinaan penempatan baru ‘Qafa’at Hamnos’ selatan bandar Baitulmaqdis berhampiran dengan bandar Beit Sofafa.

Akhbar Yadioth Ahronot telah mengesahkan dalam laman webnya pada hari Isnin (24-10-2011) bahawa penempatan baru ini mengandungi 3 peringkat dan termasuklah 4000 bangunan unit rumah. Laporan akhbar itu menunjukkan bahawa apa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan” telah meluluskan fasa pertama projek ini,dan termasuklah 2610 pembinaan unit perumahan sebelum cuti takhta Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa